Tuesday, August 25, 2015

Istimewanya Wanita Bergelar Ibu


KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN WANITA !



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Kejayaan !


Alhamdulillah panjat rasa syukur pada Allah SWR atas Penganugerahan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar UiTM Melaka 2015 pada Majlis Pra Graduan 2015 di Equatorial Hotel Melaka.
Terima kasih yang tak terhingga pada Ibu Abah tercinta, Para Pensyarah FPHP, MHM1115B, Para Pimpinan Insan, Hatic, Kolej Tun Putih, Kelab Bahasa Arab, Pihak ACIS dan juga buat insan tersayang atas doa yang dititipkan buat saya.
Anugerah ini buat kalian yang senentiasa memberi tunjuk ajar dan bantuan yang tidak putus kepada saya. Tanpa kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Doakan kejayaan saya seterusnya dimasa hadapan.

Dalam kenangan 
Exco Tarbiyyah Insan
Exco Kerohanian Hatic
Exco Kerohanian KBArab
Yang Dipertua Kolej Tun Putih
N Yang Dipertua Kolej Tun Putih
Yang Dipertua Insan
Yang Dipertua Hatic
Presiden SMF
Exco Kerohanian SPA
Imam Masjid Al Hikmah UiTM Melaka
Terima Kasih atas pengalaman ini ya Allah. Moga kau terus izinkan aku membantu ummat dalam membawa tanggungjawab dan agama ini.

Ustaz Mohd Ridwan
Motivator
RAS Training and Consultancy

Wednesday, August 5, 2015

Umpama Lilin



Penitian hidup ini amat sukar. Sukar dengan dengan dugaan dan kepayahan yang Allah turunkan kepada kita. Diri penuh kehinaan ini perlu sedar, perlu membuka seluas-luasnya pandangan mata bahawa tiap-tiap yang Allah beri itu tanda Allah sayang akan kita. Allah nak beri kebaikan kepada kita.

Dengan penuh angkuh kita berpaling dengan Allah. Terus menyelam dalam keseronokan dunia yang mana realitinya hanya sementara. Tidak aku sedar tangan dan hati ini Allah tarik untuk sentiasa dekat. Gerak hati ini Allah jentik untuk sujud. Tenaga kurniaan Allah ini diberi untuk ibadah itu diperkuat. Sungguh hati ini masih jauh dan lalai.

Hari ini Allah beri kesempatan untuk aku hidup pada usia 20 tahun. Rasa syukur aku panjat pada Rabbul Jalal kerana masih memberikan aku sedikit peluang untuk aku terus hidup. Tiada keseronokan, malah kesedihan yang terpahat pada hati ini. Lilin semakin pendek, nyalaan api semakin kuat membakar lilil yang kian menghampir tanah.

Allah panjangkan usia kita bersebab. Yang utama dan yang paling utama adalah kerana Kita Ini Pendosa. Allah nak beri peluang untuk kita tingkatkan amal ibadat, perkuatkan diri dengan iman dan taqwa, berusaha memperbaiki diri, dan untuk membuat persediaan menuju akhirat.

Hidup Ini Penuh Hikmah

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI INI

#NukilanHatiPenuhMakna
#JiwaTersentak

Ustaz Mohd Ridwan
Pendosa

Thursday, June 25, 2015

Naluri Bahasa Hati



Bahasa Hati adalah kata-kata yang terlintas dalam perasaan yang kemudian dituangkan dalam bentuk lisan, tulisan ataupun perbuatan kita, sebagai pengejawantahan dari apa yang tersirat dari dasar hati kita, sehingga jangan heran kalau kemudian ditemukan berbagai “kata hati” yang agak aneh dan asing terdengar ditelinga dan terbaca oleh mata, karena bahasa hati adalah “Bahasa Rasa” yang hanya akan terbaca dengan hati dan perasaan saja.


Cinta adalah bahasa hati, yang tak akan bisa sepenuhya diungkapkan dengan seribu kata cinta, misalnya.
Sayang adalah bahasa hati, yang tak mungkin kiaskan dengan alunan lagu dan muzik semerdu apapun iramanya.

Kasih adalah bahasa hati, yang hanya bisa dirasakan oleh orang yang merasakannya
Khusyu adalah bahasa hati, tidak boleh dibuktikan hanya dengan mengatakan “tadi saya khusyu dalam solat”, bukan, bukan itu.

Ikhlas adalah bahasa hati, kata “saya ikhlas”, tak sepenuhnya mewakili bahasa hati tentang keikhlasan itu sendiri.

Taat adalah bahasa hati, mungkin terlihat lewat gerak jasmani, tapi mungkin juga bertolak belakang dengan kata hati kita, hanya Allah dan kita yang tahu.

Keinginan untuk bertaubat, keinginan untuk mengabdi semata kepada Allah, keinginan untuk taat, keinginan untuk berbagi dengan sesama, adalah bahasa hati yang benar, yang dikomandoi dan dituntun oleh fitrah Rabbaniyah kita, dan inilah bahasa hati yang harus kita ikuti.

Allah tidak pernah bosan menerima permohonan kita, tapi kadang kita yang sombong dengan merasa jenuh untuk memohon padanya.

Pintu MagfirahNya tidak pernah tertutup untuk kita selama nafas kita masih berhembus, tapi kadang kita yang tidak mahu memasukinya.

Rahmatnya terbentang luas, sejauh pandangan mata kita, bahkan lebih luas lagi, tapi kadang kita silau oleh keangkuhan kita, sehingga tidak lagi terlihat besar dan banyaknya Rahmat yang terlimpah untuk kita.

Hati yang bersih, hati yang hidup, hati yang selalu berzikir sajalah yang akan mampu menangkap sinyal-sinyal ilahiyah yang sentiasa terpancar penuh anugerah dan pesona.

Orang yang pandai memakai Bahasa Hati sahajalah yang mampu berdialog dengan dirinya, yang mampu menjadikan hatinya sebagai teman untuk bercengkrama, yang mampu memberdayakan hatinya sebagai sarana untuk menangkap pesan-pesan yang tersaji lewat berbagai peristiwa dan keadaan.



Ustaz Mohd Ridwan
Motivator
RAS Training & Consultancy

Monday, June 15, 2015

Sahabat Syurga



Tatkala susah dibantu dan membantu. Keredupan hati kurniaan sang pencipta membuatkan diri berasa selesa. Mensyukuri nikmat persahabatan agar ianya terlindung daripada kemurkaan. Allah menghantarnya penuh dengan hikmah. Dia sahabatku.

Nukilan buat sahabatku, Norfazeera Ahmad Jais

Ustaz Mohd Ridwan
Motivator
RAS Training & Consultancy

Keberanian Sebenar Muslim


1. Berani Berdoa

Berdoa adalah permohonan kepada Allah SWT. Berdoa adalah langkah
utama dan dasar untuk mencapai sebuah kejayaan.

2. Berani Berusaha (Ikhtiar)

Setelah berdoa tentunya harus berikhtiar ataupun lebih mudah untuk difahami iaitu berusaha. Berikhtiar harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan percaya bahawa Allah SWT akan memberikan kejayaan untuk kita. Sebuah keterangan daripada Rasulullah SAW tentang kewajipan seorang muslim berikhtiar. “Kuatkanlah harapanmu dalam meraih apa-apa yang bermanfaat bagimu”.

3. Berani Bersabar

Sabar adalah bentuk ketahanan seseorang terhadap penderitaan dan kesulitan, iaitu dengan tidak pasrah dan tidak putus asa. Kesabaran adalah salah satu kunci kejayaan seorang muslim. Dalam Islam sabar di bahagi menjadi tiga bahagian iaitu sabar terhadap ketaatan, sabar terhadap kemaksiatan dan sabar terhadapketentuan atau musibah.

4. Berani Bersyukur

Menurut aku Bersyukur adalah ucapan terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikannya. Bersyukur dapat dilakukan dengan lisan (ucapan Alhamdulilah) mahupun dengan perbuatan (bersedekah). Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.” (QS Ibrahim [14]:7)

5. Berani Di Uji

Ujian sudah menjadi sahabat dalam keseharian kita. Seorang siswa yang akan naik kelas, tentunya harus melewati ujian dulu. Begitu juga seorang seorang pegawai yang baru di terima, tentu harus melewati beberapa minggu masa percobaan dari sang manajer. Dan masih banyak lagi contoh yang lainnya. kita pun harus siap terhadap ujian yang akan diberikan Allah SWT kepada kita. Dalam Al-Qur’an Allah telah berfirman “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, ‘kami telah beriman’, sedang mereka tidak di uji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS Al-Ankabut [29]: 2-3).

6. Berani Bertaubat

Beranikah anda bertaubat??? WAJIB BERANI ! mulakan dengan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang sia-sia. Hindari hal-hal yang boleh membuat anda terpancing untuk
melakukan perbuatan dosa. Janganlah kita bertaubat ketika sudah berada dalam usia senja,
Manfaatkanlah kesempatan anda saat ini juga. Janganlah takut di anggap aneh oleh rakan-rakan.

7. Berani Membela Islam

Islam adalah rahmat bagi semesta alam, meskipun begitu ada sahaja segelintir orang atau sekelompok manusia yang tidak rela melihat kejayaan Islam sebagai agama terbesar di dunia. Seharusnya kita berani membela islam jika kita melihat adanya pelecehan ataupun penghinaan terhadap agama islam. Tentunya dengan cara-cara yang baik dan beradab.

8. Berani Membelanjakan Harta DiJalan Allah

Harta yang kita miliki adalah pemberian dari Allah SWT, bahkan seluruh tubuh dan alam ini pun berasal dari Allah SWT. Jadi sudah sepatutnya kita berani untuk membelanjakan harta di jalan Allah. Baik dengan bersedekah maupun dengan cara yang lainnya. Itu terserah anda. Janganlah takut bahawa dengan bersedekah, maka kita akan jatuh miskin dan melarat.

9. Berani Memilih Yang Halal

Seorang muslim harus mengetahui sesuatu yang diperolehnya adalah
halal. Oleh yang demikian dia akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya.


Ustaz Mohd Ridwan
MotivatorRAS Training & Consultancy

Sunday, June 14, 2015

Nukilan Cinta Persahabatan Insan



Hati penuh dengan rasa kesedihan. Mengenangkan masa yang kian singkat untuk aku bersama dengan mereka. Mereka semua insan yang hebat. Mereka mengajar aku yang penuh dengan kehinaan ini erti persahabatan. Mereka hadir bagaikan permata yang menyelusuri lautan yang penuh dengan gelora.



Puisi buatmu :)

Alangkah indahnya..... 
Jika hati-hati kita dapat merasai kasih sayang dan ukhuwwah 
Mengisi setiap nafas yang terhembus dengan mengingatiNya... 

Alangkah indahnya... 
Jika kata-katamu mengingatkan aku 
Kata-kataku mangingatkanmu 
Lalu jadilah kita umpama batu-bata 
saling memerlukan untuk membina 
bangunan yang kukuh 

Tapi... 
Betul juga kata sahabat... 
Iman itu bukan angan-angan 
Tetapi perlu dibuktikan dengan amalan... 

Sahabatku 
Hati ini sedih 
Masih tidak mampu memberi rasa hati 
Mungkin kerana hati ini keras 
Mungkin kerana hati ini gelap
Mungkin kerana hati ini terhijab 
Dan amat sedih jika hati ini mati 
Maafkanlah kelemahan diri ini..

Sahabatku 
Hati yang keras ini masih perlu di gilap 
Perlu banyak dididik 
Untuk menyentuh hati 
Untuk menjernihkan hati 
Untuk menghidupkan hati 
Semoga Allah membuka jalan dan 
mempermudahkan perjalanan ini 
Meredhai setiap langkah yang terhayun 
Kerana perjalanan ini masih panjang dan berliku-liku.... 

Sahabatku 
Jika hari ini aku terlalu gembira 
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah... 
Jika ku bersedih tanpa kata 
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta 
Jika ku lemah tak berdaya 
Ingatkan aku dengan kehebatan syurga... 
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan 
Ajaklah aku meleraikannya segera 
Jika pernah hatimu terluka 
Luahkanlah agar aku berubah.. 
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga 
Iringilah lenaku dengan kalungan doa... 
Berjanjilah sahabatku 
Ukhuwah kita untuk selamanya....


KELUARGA INSAN GENERASI KE-20