Penitian hidup ini amat sukar. Sukar dengan dengan dugaan dan kepayahan yang Allah turunkan kepada kita. Diri penuh kehinaan ini perlu sedar, perlu membuka seluas-luasnya pandangan mata bahawa tiap-tiap yang Allah beri itu tanda Allah sayang akan kita. Allah nak beri kebaikan kepada kita.
Dengan penuh angkuh kita berpaling dengan Allah. Terus menyelam dalam keseronokan dunia yang mana realitinya hanya sementara. Tidak aku sedar tangan dan hati ini Allah tarik untuk sentiasa dekat. Gerak hati ini Allah jentik untuk sujud. Tenaga kurniaan Allah ini diberi untuk ibadah itu diperkuat. Sungguh hati ini masih jauh dan lalai.
Hari ini Allah beri kesempatan untuk aku hidup pada usia 20 tahun. Rasa syukur aku panjat pada Rabbul Jalal kerana masih memberikan aku sedikit peluang untuk aku terus hidup. Tiada keseronokan, malah kesedihan yang terpahat pada hati ini. Lilin semakin pendek, nyalaan api semakin kuat membakar lilil yang kian menghampir tanah.
Allah panjangkan usia kita bersebab. Yang utama dan yang paling utama adalah kerana Kita Ini Pendosa. Allah nak beri peluang untuk kita tingkatkan amal ibadat, perkuatkan diri dengan iman dan taqwa, berusaha memperbaiki diri, dan untuk membuat persediaan menuju akhirat.
Hidup Ini Penuh Hikmah
SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI INI
#NukilanHatiPenuhMakna
#JiwaTersentak
Ustaz Mohd Ridwan
Pendosa
No comments:
Post a Comment