Tuesday, August 25, 2015

Istimewanya Wanita Bergelar Ibu


KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN WANITA !



1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Kejayaan !


Alhamdulillah panjat rasa syukur pada Allah SWR atas Penganugerahan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pelajar UiTM Melaka 2015 pada Majlis Pra Graduan 2015 di Equatorial Hotel Melaka.
Terima kasih yang tak terhingga pada Ibu Abah tercinta, Para Pensyarah FPHP, MHM1115B, Para Pimpinan Insan, Hatic, Kolej Tun Putih, Kelab Bahasa Arab, Pihak ACIS dan juga buat insan tersayang atas doa yang dititipkan buat saya.
Anugerah ini buat kalian yang senentiasa memberi tunjuk ajar dan bantuan yang tidak putus kepada saya. Tanpa kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Doakan kejayaan saya seterusnya dimasa hadapan.

Dalam kenangan 
Exco Tarbiyyah Insan
Exco Kerohanian Hatic
Exco Kerohanian KBArab
Yang Dipertua Kolej Tun Putih
N Yang Dipertua Kolej Tun Putih
Yang Dipertua Insan
Yang Dipertua Hatic
Presiden SMF
Exco Kerohanian SPA
Imam Masjid Al Hikmah UiTM Melaka
Terima Kasih atas pengalaman ini ya Allah. Moga kau terus izinkan aku membantu ummat dalam membawa tanggungjawab dan agama ini.

Ustaz Mohd Ridwan
Motivator
RAS Training and Consultancy

Wednesday, August 5, 2015

Umpama Lilin



Penitian hidup ini amat sukar. Sukar dengan dengan dugaan dan kepayahan yang Allah turunkan kepada kita. Diri penuh kehinaan ini perlu sedar, perlu membuka seluas-luasnya pandangan mata bahawa tiap-tiap yang Allah beri itu tanda Allah sayang akan kita. Allah nak beri kebaikan kepada kita.

Dengan penuh angkuh kita berpaling dengan Allah. Terus menyelam dalam keseronokan dunia yang mana realitinya hanya sementara. Tidak aku sedar tangan dan hati ini Allah tarik untuk sentiasa dekat. Gerak hati ini Allah jentik untuk sujud. Tenaga kurniaan Allah ini diberi untuk ibadah itu diperkuat. Sungguh hati ini masih jauh dan lalai.

Hari ini Allah beri kesempatan untuk aku hidup pada usia 20 tahun. Rasa syukur aku panjat pada Rabbul Jalal kerana masih memberikan aku sedikit peluang untuk aku terus hidup. Tiada keseronokan, malah kesedihan yang terpahat pada hati ini. Lilin semakin pendek, nyalaan api semakin kuat membakar lilil yang kian menghampir tanah.

Allah panjangkan usia kita bersebab. Yang utama dan yang paling utama adalah kerana Kita Ini Pendosa. Allah nak beri peluang untuk kita tingkatkan amal ibadat, perkuatkan diri dengan iman dan taqwa, berusaha memperbaiki diri, dan untuk membuat persediaan menuju akhirat.

Hidup Ini Penuh Hikmah

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI INI

#NukilanHatiPenuhMakna
#JiwaTersentak

Ustaz Mohd Ridwan
Pendosa