Thursday, September 5, 2013

SOLAT TIANG AGAMA !



Assalamualaikum w.b.t :)



Salam ukhuwah buat sahabat diluar sana. Permulaan perkongsian ilmu saya pada kali ini adalah berkenaan dengan SOLAT yang mana secara amnya, kita sebagai umat islam sendiri tahu akan kewajipan pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian kita. Solat merupakan rukun islam yang ke-2 dan merupakan salah satu titik tolak yang mana berupaya meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Kelalaian manusia dalam melaksanakan solat membuatkan kekuatan umat islam kini semakin lemah. Hal ini kerana, solat dapat membina ukhuwah selain dapat membangunkan martabat agama islam. Solat yang merupakan penghubung antara manusia dan Allah s.w.t dapat mendidik kita untuk mematuhi perintah Allah sebagai tuhan yang satu. Oleh itu, secara ringkas saya akan cuba memuat naik info berkaitan solat untuk menjadi panduan kepada sahabat sekalian.

DEFINISI SOLAT :

Bahasa :  Doa
Istilah : perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.



DALIL BERKAITAN SOLAT :



1. Dalam hadith Abdullah bin Umar riwayat Al-Bukhâry dan Muslim, Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam menerangkan bahawa puasa adalah salah satu rukun Islam yang agung dan mulia,

Islam dibangun di atas lima perkara: Syahadat Lâ Ilâha Illallâh wa Anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasûluhu, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, Menunaikan haji ke Baitullah dan berpuasa Ramadhan.”

2.  
Al-Baqarah 110

Ertinya : Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan apa–apa yang kamu usahakan dari kebaikan bagi dirimu, tentu kamu akan dapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha melihat apa jua  yang kamu kerjakan.3.  An-Nuur: 56

Ertinya : Dan kerjakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taat kepada Rasul, agar supaya kalian semua diberi rahmat.



HIKMAH PELAKSAAN SOLAT :

  1.  Mendisiplinkan diri seseorang
  2. Menghalang perbuatan keji dan mungkar. Telah dibuktikan dalam Al-Quran :
  3. Al –Ankabut : 45 Ertinya: Kerjakanlah solat sesungguhnya solat itu boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.
  4.  Menjadikan hidup lebih teratur dan sistematik.
  5.  Menjadikan seseorang itu lebih rendah diri dan tawaduk.
  6.  Menjadi penghubung antara manusia dan Allah s.w.t.
  7.  Mengikis sifat cela, dan membentuk sifat terpuji.
  8.  Mendatangkan rezeki yang diberkati oleh Allah.
  9.  Mewujudkan perpaduan dan persaudaraan iaitu ketika melakukan solat berjamaah.
  10.  Mendapat kemuliaan dan membangunkan martabat manusia.


No comments:

Post a Comment